Selamat Datang ke Portal Rasmi SK Medini Medini Trust School

Mengenai Sekolah Kebangsaan Medini

Pengenalan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Medini telah mula beroperasi pada 30 Mac 2014. Terletak di Lot PTD 154494, Mukim Pulai Iskandar, Bandar Medini, Iskandar Puteri, Johor, sekolah ini berkeluasan 6.42 ekar. Nama “Medini” merujuk kepada Negeri Johor dan kawasan ini berhampiran Pejabat Pentadbiran Kerajaan Johor serta tumpuan pelancongan seperti Taman Tema Legoland.

SK Medini merupakan inisiatif Khazanah Nasional Berhad, dimajukan oleh Iskandar Investment Berhad, dan pembangunan pendidikan diurus oleh Education Iskandar Sdn Bhd. Selepas itu, sekolah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, serta dipilih sebagai Sekolah Amanah Malaysia.

Sejarah Singkat

  • Bermula dengan 125 murid dan 13 guru, hanya 5 kelas dibuka: 4 kelas Tahun 1 & 2, dan 1 kelas Tahun 3.

  • Lencana dan lagu sekolah telah direka untuk mencerminkan identiti SK Medini.

  • Menjelang 2022, jumlah murid meningkat kepada 768 orang, dengan 51 guru dan 3 staf sokongan, merangkumi Tahun 1 hingga Tahun 6.

  • Untuk tempoh 2020–2024, sebanyak 5 kelas per aliran dibuka bagi menampung penambahan murid daripada perumahan baru di Bandar Medini.

Guru Besar

  1. Pn. Tumirah Binti Jemon (2014–2017)

  2. En. Rosli Bin Jamiran (2017–2020)

  3. En. Johari Bin Shuhadak (2020–sekarang)

Fasiliti Sekolah

  • 1 blok akademik dengan sayap kanan dan kiri

  • 30 kelas dan 38 bilik khas termasuk dewan besar, surau, astaka, kantin, stor dan bilik khas lain

SK Medini bekerjasama rapat dengan PIBG dan komuniti setempat untuk memartabatkan pendidikan secara holistik, selaras dengan moto sekolah: “Teraju Unggul”.

Visi

Pembangunan holistik pemangkin generasi unggul.

Misi

1. Pembangunan kendiri (Personal development)
2. Kreatif (Creativity)
3. Pengetahuan dan kemahiran (Knowledge and skill)
4. Kepimpinan (Leadership)
5. Persediaan dunia global (Global readiness)

Lencana SK Medini

Warna

Warna Hijau Cerah : Semulajadi, segar dan progresif.

Warna Jingga : Berani dan “ distinctive”.

  • Bentuk bulat diselaputi hijau yang menjadi latar belakang megambarkan alam persekitaran yang akan ditempuhi oleh pelajar.
  • ‘Edging’ yang berwarna jingga menunjukkan seluruh kehidupan adalah tertakluk kepada hukum dan norma yang telah ditentukan Tuhan.
  • Bentuk Motif manusia merangkul glob melambangkan pelajar peneraju di arena global. Bentuk manusia melambangkan dominan dalam logo melambangkan keunggulannya dalam semua bidang.
  • 3 garisan lengkung di tengah melambangkan prinsip asas kehidupan yang menitik beratkan Hubungan Manusia dengan Pencipta, Hubungan Manusia dengan Manusia, dan Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar.
  • Huruf Alif berwarna putih yang menjadi Permulaan dalam semua perkara.
  • Daun seimbang kiri dan kanan melambangkan keseimbangan pembangunan sahsiah mengiku fitrah yang tidak ditinggalkan di samping mengejar pembangunan.
  • Urat daun melambangkan 5 strategi sekolah.
  • Motif Iskandar Malaysia di tangah melambangkan kesepaduan sekolah seiring arena pembangunan koridor pembangunan ekonomi.

Lirik Lagu Sekolah

Teraju, Unggul kami,
Menjadi pegangan SK Medini,

Enrolmen murid


TAHUN


BIL KELAS

BILANG MURID


JUMLAH

LELAKI

PEREMPUAN

TAHUN 1

7

101

92

193

TAHUN 2

7

81

67

148

TAHUN 3

5

89

63

152

TAHUN 4

5

82

67

149

TAHUN 5

5

72

67

139

TAHUN 6

5

79

63

142

JUMLAH

34

504

419

923